Sekadar berkongsi-5 tips memilih kawan
"Seseorang berada di atas agama kawannya."
Demikian pesan Nabi kita.
Kenapa ea?
Kita sangat terkesan dengan cara hidup siapa yang menjadi
pendamping kita.Kita selalu cuba untuk memenuhi kepuasannya agar diri kita
diterima sebagai kawannya.
Maka, Carilah kawan
baik yang cara hidupnya selari dengan petunjuk al-Quran dan al-Sunnah.Carilah
kawan baik yang kepuasan hidupnya diletakkan dengan memuaskan kehendak
Allah.
Nak cari di mana?Hmm, memang susah nak cari. Mudahnya, kita
jadilah kawan yang terbaik untuk siapa sahaja yang hadir sebagai 'kawan' dalam
hidup kita.Sayangi mereka. Tunjukkan mereka contoh terbaik. Disebabkan mereka
'istimewa'lah, Allah jumpakan kita dengan mereka. Jom, hargai kawan-kawan di
sekeliling kita hari ini juga.
Bagaimana menghargai?Owh! Anda jauh lebih kreatif daripada
saya. Jika tiada kreativiti, mintalah idea daripada Allah yang Maha Kreatif,
sumber inovasi kita semua. Serulah nama-nama-Nya yang kreatif, Ya Kholiq, Ya
Musowwir, Ya Badi'
Kalau kawan tu tak
beragama, macam mana?Berkawanlah dengan sesiapa sahaja. Namun untuk mengangkat
seseorang sebagai 'kawan baik', perhatikanlah sungguh-sungguh agamanya.
Apa kata ulama yang kita sayangi?
Di dalam kitab Hidayatul Salikin, Imam Ghazali ada
menyatakan: "Hendaklah kita memilih sahabat dengan 5 syarat."
Syarat-syaratnya ialah:
1. Orang yang
berakal: Berkawan dengan orang yang jahil akan menimbulkan persengketaan.
2. Baik dari segi
peribadi dan akhlaknya: Elakkan bersahabat dengan orang yang jahat dan buruk
perangainya kerana ianya akan mempengaruhi kita.
3. Orang yang
soleh: Jangan berkawan dengan orang yang fasik kerana ianya akan sentiasa
mengekalkan dosa yang besar dan kecil.
4. Jangan
berkawan dengan orang yang sangat kasih pada dunia: Kasih pada dunia di sini
bermaksud sesuatu perkara yang bertentangan dengan suruhan Allah. Jika berkawan
dengan orang yang sebegini, dia akan terikut-ikut dengan tabiat rakannya.
5. Orang yang
benar perkataannya: Janganlah suka berkawan dengan orang yang suka berdusta.
Orang yang suka berdusta itu tidak dapat dipercayai agama dan dunianya.
Demikian itu akan membawa kepada kebinasaan dunia.
Selamat Beramal & Semoga Maju Jaya
0 comments:
Post a Comment