Sekadar Berkongsi-5 punca mata anda cepat letih
Mungkin sebelum ini ampa tak sedar apakah punca-punca yang
menyebabkan mata anda cepat berasa letih dan penat.
Menarik ni..jom layannnn
Antaranya ialah:-
1.Terlalu fokus
Apabila anda melakukan sesuatu terlalu fokus seperti
membaca, memandu atau melihat paparan skrin komputer, otot mata anda sebenarnya
akan bekerja lebih keras. Ini akan menyebabkan mata anda akan cepat berasa
letih dan mengantuk. Rehatkan mata anda sebentar seperti melihat tumbuhan hijau
sebelum kembali menyambung tugasan.
2.Masalah mata
Mata anda cepat berasa letih berkemungkinan juga disebabkan
oleh mata anda sendiri yang mempunyai masalah. Mata yang mempunyai masalah
kebiasaannya perlu bekerja lebih kuat daripada kebiasaan. Anda dinasihatkan
untuk mendapatkan nasihat daripada pakar.
3.Sistem pencahayaan yang tidak baik
Sistem pencahayaan yang terlalu banyak atau terlalu sedikit
akan menyebabkan otot 'sphincter' dan 'dilatory' untuk bekerja secara
berlebihan. Ini akan menyebabkan mata anda akan berasa cepat letih.
4.Bekerja lebih masa
Ramai yang beranggapan bahawa cara terbaik untuk merehatkan
mata adalah dengan menonton tv, membuka laman-laman sosial, melayari internet,
bermain telefon bimbit atau sebagainya. Tetapi ia sebenarnya hanya akan
menyebabkan mata anda untuk bekerja lebih masa.
5.Jarang berkelip
Tahukah anda bahawa seseorang yang kurang kadar kelipan matanya
akan meyebabkan mata mereka kekeringan. Disebabkan faktor ini anda dinasihatkan
untuk tidak terlalu fokus melakukan sesuatu tugasan secara berterusan. Rehatkan
mata anda sebentar pada setiap jam ketika anda melakukan tugas.
0 comments:
Post a Comment