Sunday 29 April 2012

To-do-list

Minggu ini agak busy bagi ku.banyak asgmnt & test perlu ku hadapi.Semoga Allah permudahkan mingggu ni buat aku.

Apa-apa pun aku kena plan untuk elak sebarang maslah:

Isnin-Siapkan BEL,OPM,HRM(most important)
Selasa-Study FIN 426 & HRM
Rabu-Prepare Bel presentation,test.

Hope i can follow this to-do-list.


Sekadar Berkongsi-Rahsia Solat


Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa ada sekali Rasulullah s.a.w keluar dari rumahnya.Pada masa itu ialah musim daun-daun gugur.Baginda ambil ranting sebatang pohon yg daun-daunnya mulai gugur dengan lebatnya,seraya Baginda s.a.w bersabda,"Ya Abu Zar! Apabila seorang Islam menunaikan solatnya kerana ALLAH,dosanya gugur seperti daun-daun ini gugur dari pohon ini".

Solat ini ada banyak kebaikan dan rahsianya. Antaranya, Inilah dia rahsia solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu.

1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2 - Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3 - Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5 - Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
10 - Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11 - Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12 - Salam : Memelihara kita di dalam kubur.
13 - Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Rupa-rupanya semua yang ditentukan oleh Allah ada rahsianya...

JOM kita simpan dalam  hati kita Rahsia Solat

Komunikasi


Komunikasi sesama kita merupakan salah satu pembinaan personaliti. Ia termasuklah komunikasi ringkas dengan kawan-kawan dan rakan sekerja yang biasanya membawa impak yang besar kepada hati insan yang mendengarnya.

Selalunya apakah ayat-ayat yang kita akan gunakan sekiranya kita mahu meminta pertolongan daripada orang lain?

Kebanyakan dari kita , tanpa kita tidak sedari, selalu mengucapkan sesuatu tanpa kita fikir kesannya terhadap orang lain, kerana cara itu sering menjadi tabiat kita dari hari ke hari.ye dok?

Contoh : Mesyuarat jam 3ptg.

Cara Alternatif: Mesyuarat Pinjaman Kewangan akan diadakan :
                        Tarikh : 29.4.2012.
                        Masa  : 3 petang
                        Tempat: Bilik Mesyuarat 3.
                        
Kebanyakan kita hanya tahu menyuruh orang lain membuat itu dan ini, tapi kita lupa memberitahu mereka kenapa perkara tersebut perlu dilakukan. Ini menyebabkan, orang lain kadang-kadang berada dalam keadaan kabur dan tidak mengerti permintaan kita.

Jika kita sebagai ketua didalam sebuah organisasi,  tak salah jika kita menggunakan kedua-dua contoh di atas, namun cara alternatif yang kedua lebih menampakkan hemahnya kita dalam meminta tolong seseorang melakukan tugas. Tapa disedari kita dapat mendidik orang bawahan kita melakukan perkara yang sama terhadap orang lain. 

Dalam situasi kita menunggu email atau surat daripada seseorang. Kita sering bertanya mereka dengan soalan-soalan sepeti ini:
Contoh: Dah hantar ke email ke? / Kenapa tak hantar lagi?
Dalam keadaan begini kita meletakkan kesalahan kepada orang lain. Sekiranya benar mereka sudah menghantar email tetapi ada masalah teknikal, pasti mereka tersinggung dengan pertanyaan mengapa dan kenapa.

Oleh itu, sebagai alternatif kita boleh cuba bertanya begini:
Saya masih belum terima email yang dijanjikan ... ( ayat seterusnya)

Dalam keadaan kedua, kita merujuk kepada masalah kita iaitu dengan memahami dan membuat sangkaan bahawa mungkin dia telah menghantar dan berlakunya masalah teknikal dan bukannya menuduh orang lain walaupun benar dia masih tidak menghantar email itu kepada kita.

Dengan cara ini, sekiranya benar dia sudah menghantar email, dia akan memberi respon yang responsif dan bukannya defensif. Namun, sekiranya dia masih belum menghantar email tersebut, dia akan segera melakukannya kerana dia dengan sendirinya menyedari bahawa kelambatan dia telah menyebabkan orang lain tertunggu-tunggu.

Ini merupakan cara teguran yang dapat membina personaliti seseorang dengan lebih baik di dalam komunikasi.
Kurangkan bertanya mengapa dan kenapa di dalam komunikasi kecuali kita mahu menghukum seseorang dalam keadaan yang seadilnya, ianya (pernyataan pertama) memang wajar digunakan.

Sentiasa berfikir sekiranya mahu berbicara, dan selalu merujuk ayat itu kepada kita sebelum kita melafazkannya. Dengan berlatih, penguasaan komunikasi akan menjadikan kita lebih berhemah.Usahlah kita sering mencari kesalahan orang lain tetapi gunakanlah pendekatan-pendekatan positif agar dapat memberikan impak yang lebih baik kepada masyarakat.

 "Practice makes perfect".

 Selamat Beramal

 
Today thought me a lesson about TIME MANAGEMENT.

I'm really dis pointed with my self,cause can't submit assignment at real time but it really help me to improve my time management. 

Tips for Better Time Management

Create a daily plan.
Peg a time limit to each task.
Use a calendar.
Use an organizer.
Know your deadlines.
Learn to say “No”.
Target to be early.
Time box your activities.
Have a clock visibly placed before you.
Set reminders 15 minutes before
Focus.
Block out distractions.
Track your time spent.
Don’t fuss about unimportant details You’re never get everything done in exactly the way you want.
Prioritize. Since you can’t do everything, learn to prioritize the important and let go of the rest.
Delegate.
Batch similar tasks together. For related work, batch them together.
Eliminate your time wasters.
Cut off when you need to
Leave buffer time in-between.

Selamat Beramal

Wednesday 25 April 2012




Sekadar Berkongsi-5 punca mata anda cepat letih

Mungkin sebelum ini ampa tak sedar apakah punca-punca yang menyebabkan mata anda cepat berasa letih dan penat.

Menarik ni..jom layannnn

Antaranya ialah:-

1.Terlalu fokus
Apabila anda melakukan sesuatu terlalu fokus seperti membaca, memandu atau melihat paparan skrin komputer, otot mata anda sebenarnya akan bekerja lebih keras. Ini akan menyebabkan mata anda akan cepat berasa letih dan mengantuk. Rehatkan mata anda sebentar seperti melihat tumbuhan hijau sebelum kembali menyambung tugasan.

2.Masalah mata
Mata anda cepat berasa letih berkemungkinan juga disebabkan oleh mata anda sendiri yang mempunyai masalah. Mata yang mempunyai masalah kebiasaannya perlu bekerja lebih kuat daripada kebiasaan. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar.

3.Sistem pencahayaan yang tidak baik
Sistem pencahayaan yang terlalu banyak atau terlalu sedikit akan menyebabkan otot 'sphincter' dan 'dilatory' untuk bekerja secara berlebihan. Ini akan menyebabkan mata anda akan berasa cepat letih.

4.Bekerja lebih masa
Ramai yang beranggapan bahawa cara terbaik untuk merehatkan mata adalah dengan menonton tv, membuka laman-laman sosial, melayari internet, bermain telefon bimbit atau sebagainya. Tetapi ia sebenarnya hanya akan menyebabkan mata anda untuk bekerja lebih masa.

5.Jarang berkelip
Tahukah anda bahawa seseorang yang kurang kadar kelipan matanya akan meyebabkan mata mereka kekeringan. Disebabkan faktor ini anda dinasihatkan untuk tidak terlalu fokus melakukan sesuatu tugasan secara berterusan. Rehatkan mata anda sebentar pada setiap jam ketika anda melakukan tugas.


TAKAFUL

When I do some research for my assingment,suddenly i was found an article about Takaful.it's very interesting to me to explore more on this particular topic...
So what i can see are:
Awareness of Islamic Insurance TAKAFUL, or better known as TAKAFUL as an alternative to Muslims in particular to participate in either insurance or life insurance, etc..
Takaful is not limited to Muslims only, in Islam, it’s open to all people, whether Chinese, Indians, Malays and others.
In general, takaful Product & services  less participation from the Muslim community because less of awareness of takaful even the services  & products offered by takaful  is follow Islamic principles.
Transactions and services offered by the takaful operator is more concerned fairness, transparency and mutual cooperation among the participants.
Other factors that contribute to the community is the lack of understanding, lack of disposal income to make any additional savings, competitive and innovative services & products  from insurance
As conclusion, perception and confidence towards takaful is still low despite an Islamic insurance has been known more benefits and justifiable returns when compared with conventional insurance.

JOM PAKAT AMBIK INSURANCE.heehehe



Sekadar berkongsi-5 tips memilih kawan

"Seseorang berada di atas agama kawannya."

Demikian pesan Nabi kita.

Kenapa ea?
Kita sangat terkesan dengan cara hidup siapa yang menjadi pendamping kita.Kita selalu cuba untuk memenuhi kepuasannya agar diri kita diterima sebagai kawannya.   
         
 Maka, Carilah kawan baik yang cara hidupnya selari dengan petunjuk al-Quran dan al-Sunnah.Carilah kawan baik yang kepuasan hidupnya diletakkan dengan memuaskan kehendak Allah.   
          
Nak cari di mana?Hmm, memang susah nak cari. Mudahnya, kita jadilah kawan yang terbaik untuk siapa sahaja yang hadir sebagai 'kawan' dalam hidup kita.Sayangi mereka. Tunjukkan mereka contoh terbaik. Disebabkan mereka 'istimewa'lah, Allah jumpakan kita dengan mereka. Jom, hargai kawan-kawan di sekeliling kita hari ini juga.    

Bagaimana menghargai?Owh! Anda jauh lebih kreatif daripada saya. Jika tiada kreativiti, mintalah idea daripada Allah yang Maha Kreatif, sumber inovasi kita semua. Serulah nama-nama-Nya yang kreatif, Ya Kholiq, Ya Musowwir, Ya Badi'

 Kalau kawan tu tak beragama, macam mana?Berkawanlah dengan sesiapa sahaja. Namun untuk mengangkat seseorang sebagai 'kawan baik', perhatikanlah sungguh-sungguh agamanya.             
Apa kata ulama yang kita sayangi?

Di dalam kitab Hidayatul Salikin, Imam Ghazali ada menyatakan: "Hendaklah kita memilih sahabat dengan 5 syarat."

Syarat-syaratnya ialah:

1.      Orang yang berakal: Berkawan dengan orang yang jahil akan menimbulkan persengketaan.
2.      Baik dari segi peribadi dan akhlaknya: Elakkan bersahabat dengan orang yang jahat dan buruk perangainya kerana ianya akan mempengaruhi kita.
3.      Orang yang soleh: Jangan berkawan dengan orang yang fasik kerana ianya akan sentiasa mengekalkan dosa yang besar dan kecil.
4.      Jangan berkawan dengan orang yang sangat kasih pada dunia: Kasih pada dunia di sini bermaksud sesuatu perkara yang bertentangan dengan suruhan Allah. Jika berkawan dengan orang yang sebegini, dia akan terikut-ikut dengan tabiat rakannya.
5.      Orang yang benar perkataannya: Janganlah suka berkawan dengan orang yang suka berdusta. Orang yang suka berdusta itu tidak dapat dipercayai agama dan dunianya. Demikian itu akan membawa kepada kebinasaan dunia.

Selamat Beramal & Semoga Maju Jaya